Sunday, May 20, 2007

sajak khas sempena hari guru IPIS'07


Kerinduan semalam


Seorang insan dibirai kesyahduan
Menatap tabir memori yang lalu
Menyingkap rasa kesyukuran
Atas kurniaan seorang guru

Kalimah keramat guru…..
Masih utuh di sanubari ku
Tersimpan rapi di ruang memori ku
Terkunci kasih mu di halaman hati ku

Guru mentari yang gemerlapan
Menyinari mata-mata insan kerdil
Yang mengharap secebis ajar mu
Agar mengapai segunung ilmu

Kau hadir mendidik ku…
Tiada kalimah jemu di perjalanan mu
Bermula dari alif hingga mengaji
Mengenal abjad A hingga mengira jari

Guru jasa mu di junjung
Keihklasan mu di sanjung

Wahai guruku yang dikasihi
Engkau pelita diri ini
Menerangi hati nurani
Moga dirimu dirahmati ilahi

Keikhlasan dihati nan suci
Menghulur seribu bakti dan budi
Terutus dikau sebagai penyambung warisan nabi
Menerangi alam dengan ilmu cahaya hati

Kasih sayang mu dikau curahkan,Ilmu mu dikau sedekahkan
Cahaya jariah akan dikau nikmati di akhir perjuangan
Di setiap anak didik mu terpancar Nur Kejayaan
Piasan keikhlasan landasan ketakwaan

Dengan izin Allahu Rabbi
Engkau guru yang sejati
Engkau bersabar mendidik kami
Semoga dirimu diberkati

Usah gusar kehidupan mu di sana nanti
Kerna dikau dihimpun bersama pejuang ilahi
Teruskan berbakti….

No comments: